Masa zaman sahabat, (ini maksudnya selepas zaman atau kewafatan rasulullah).. ada seorang abid wanita, dia sangat cintakan Allah,.. hidupnya dihabiskan dengan beribadah.. namun,, dia teringat pesan rasulullah..
‘bukan dari golonganku orang yang tidak mengamalkan sunnah ku’ lalu, dia menerima pinangan seorang lelaki beriman yang memang telah lama menyukainya.
setelah berkahwin, dia dapati masanya tidak banyak terluang dan boleh diperuntukkan untuk berkhalwat dengan Allah, namun, dia sedar dia kini isteri orang dan melayan suami itu tanggung jawabnya, .. walaupun dicuba, tetapi hatinya masih rindu untuk kembali beribadat seperti dulu..
wanita ini sentiasa suka menghabiskan malamnya dengan bermunajat,..tetapi setelah berumahtangga , dia akan pergi kepada suaminya dulu, bertanya adakah suaminya memerlukan dia atau tidak malam itu..kalau suaminya kata tidak barulah dia menghidupkan malamnya dengan qiamullail.. jika suaminya menjawab ya.. maka, dia akan melayan suaminya sebaik mungkin..
akhirnya, wanita itu berkata kepada suaminya..
suamiku, engkau adalah hamba Allah, aku juga hambaNYA, aku dapati engkau banyak sekali lorong-lorong kebaikan yang dapat kau lakukan.. dengan menyuapiku , pahala untukmu, dengan memberi pakaian untukku, pahala untukmu..dengan memeliharaku dari kemungkaran, pahala untukmu, hatta menyentuhku juga , pahala untukmu..namun, atas diriku,..kecintaanku adalah menemui tuhanku..lalu, kupinta kepadamu, agar engkau memberi aku ruang untuk itu.. namun, hakikatnya hak mu padaku sangat besar,..oleh itu, kau penuhilah permintaanku ini, aku mohon agar kau menikahi wanita mukminin yang lainya hingga cukup giliran 4 malam atas kami, agar 3 malamku dapat kuguna untuk tuhanku tanpa menyakitimu..
lalu, suami wanita itu berkahwin lagi 3 wanita muslimat lain dan menggiliri mereka seorang setiap malam.. dan apabila tiba malam si wanita itu, dia menyiapkan dirinya dengan berwangi-wangian serta berhias sebaik mungkin lalu akan dilayan suaminya seperti seorang raja. dan 3 malam berikutnya , diperuntukkan sungguh pada tuhannya..
emm.. itu citer sahabiah wanita yang dalam hatinya tiada lagi kepentingan duniawi dan suami untuknya adalah untuk mendapat redho ilahi..
untuk mendapat kecintaan begitu, keimanan perlu tinggi. hati bersih dan penuh zuhud.
faham bahwa dunia ini tempat mengutip perbekalan dan semua yang ada dalamnya adalah sekadar alat untuk kita gunakan bagi mendapat redhoNYA..
wallahu alam.. moga sama-sama dapat mengambil iktibar betapa kasih manusia itu adalah nikmat Allah yang akan dipersoalkan haknya nanti.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar