Minggu, 01 Januari 2012

Fadhilah Shalawat

FADHILAT SELAWAT

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku, Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian siratul mustaqim seperti kilat menyambar".

Berkata pula Mikail a.s. "Mer...eka yang berselawat kepadamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu".

Berkata pula Israfil a.s. "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepala ku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu".

Malaikat Izrail a.s. pula berkata, "Bagi mereka yang berselawat kepadamu akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para-para nabi".

Abdullah bin ‘Amr bin Al-’As RA berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang berselawat atas namaku, Allah s.w.t akan berselawat 10 kali ke atasnya, menghapuskan 10 dosanya dan meningkatkan 10 derajatnya disisi Allah”.
(HR: Muslim)

اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم
وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم فى العالمين إنك حميد مجيد
Ya Allah, berikanlah limpah rahmatMu kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau limpahkan rahmatMu kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim
Dan berikanlah limpah keberkatanMu kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau limpahkan berkatMu kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, di alam semesta ini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia.
Amin Ya Robbal Alamin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar